Saturday, March 16, 2013

Adik Remy Ishak Ditugas Pertahankan Negara Di Lahad Datu


Adik Remy Ishak Ditugas Pertahankan Negara Di Lahad Datu

Oh! Tuhan... Fahamkan si pemberontak-pemberontak ini tentang sejarah? Adakah mereka mengerti bahawa Kesultanan Sulu sudah lama terhapus sejak Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 16 September 1963.KL, 5 MAC 2013: Murai Batu percaya ramai di antara kita yang sedang cemas tatkala mengikuti perkembangan mengenai pencerobohan pemberontak dari Sulu di Lahad Datu yang kononnya mendakwa bahawa mereka adalah waris Kesultanan Sulu dan Lahad Datu pula seharusnya menjadi tanah milik mereka.
Atas dasar itulah tertubuhnya nama Malaysia dan wujudnya Hari Malaysia yang telah kita raikan setiap 16 September. Bagaimana pemberontak tersebut boleh mendakwa Lahad Datu adalah milik mereka dengan sewenang-wenangnya?
Kalau mereka mahu mendakwa Lahad Datu adalah hak mereka, mereka tidak seharusnya berperang dengan Malaysia. Sebaliknya, mereka harus berperang dengan British kerana melalui perjanjian yang termeterai di antara British dengan Malaysia, keseluruhan Sabah termasuk Lahad Datu yang berada di kawasan Utara Borneo telah diserahkan kepada Malaysia.
Jadi, apa hak mereka untuk mengatakan bahawa Lahad Datu itu milik mereka?
Apapun, bila bercakap tentang hal ini, Murai Batu sangat sedih bila mengenangkan nasib penduduk Lahad Datu yang sudah tentunya berada di dalam ketakutan pada waktu ini.
Lebih menyedihkan bila ada yang menjadi mangsa pemberontak ini tanpa belas kasihan. Itu belum lagi dicampur dengan kematian wira-wira negara kita yang sanggup berjuang dan mati untuk mempertahankan negara. Semoga mereka mati dalam keadaan yang syahid!
Sekarang ini, Murai Batu dapat tahu, lebih ramai lagi wira-wira negara yang dihantar untuk mempertahankan negara di sana.
Salah seorang daripadanya adalah adik Remy Ishak, Mohammad Fairul Azmi Ishak. Khabarnya adiknya yang bertugas dengan Rejimen Askar Melayu Diraja Seremban (RAMD) telah dihantar ke Lahad Datu.
Berita ini nyata mengejutkan Remy Ishak. Malah, dia juga sedih bila mendapat tahu akan perkhabaran ini.
Dalam posting twitternya yang dihantar malam semalam, dia meminta agar semua rakyat Malaysia akan mendoakan keselamatan adiknya tatkala bertugas di sana nanti.
Remy Ishak @remyishak
Baru mendapat berita tergempar dari mak. Adik saya yg bertugas di kem RAMD Seremban telah dihantar ke #lahaddatu

Remy Ishak remyishak
Mohon jasa baik semua mendoakan keselamatan adik saya, Mohammad Fairul Azmi Ishak yg bertugas, mempertahankan negara di #lahaddatu

Remy Ishak ‏@remy_ishak
Ya Allah.. tak pernah rasa sesedih ini. Baru berpeluang berckp dlm telefon dgn adik saya. Ucapan terima kasih tak lekang dari mulut dia.
Apapun. marilah kita semua doakan kesejahteraan serta keselamatan penduduk di Lahad Datu serta semua wira negara yang bertugas di sana. Semoga Allah SWT bersama mereka selalu. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...