Friday, March 15, 2013

Aeril Zafrel tembusi pasaran Hollywood


Aeril Zafrel di dalam satu babak muzik video bersama Christina Ricci.KUALA LUMPUR - Lebih ramai artis Malaysia menembusi pasaran antarabangsa. Terbaru, pelakon muda yang sedang meningkat naik, Aeril Zafrel mengesahkan desas-desus pembabitannya sebagai pelakon utama dalam sebuah filem Hollywood di samping aktres handalan, Sharon Stone dan Christina Ricci.
Bercakap kepada akhbar Harian Metro, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 26, berkata, gambar aksinya dengan Ricci itu diambil daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan yang masih lagi dalam pembikinan.
Kata Aeril lagi, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal  filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.
“Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu  diri saya. Ia  satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi.
Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...