Friday, March 15, 2013

Angry Birds : dari permainan online ke kaca TV


Karakter Angry Birds kini diolah ke dalam bentuk kartun animasi.
Karakter Angry Birds kini diolah ke dalam bentuk kartun animasi.















    HELSINKI – Pembuat permainan Angry Birds akan melancarkan sebuah siri kartun hujung minggu ini, bagi mengembangkan karakter permainan online popular itu ke dalam bentuk hiburan dan cenderamata.
    Rovio, syarikat di sebalik permainan aplikasi mudah alih Agry Birds, berkata kartun berkenaan bakal menampilkan pengembaraan karakter burung yang muncul dalam permainannya itu.
    Angry Birds Toons boleh dimuat turun melalui perkhidmatan atas pemintaan (on-demand), dan juga akan disiarkan menerusi saluran televisyen seperti FOX8 di Australia, ANTV di Indonesia,  Cartoon Network di India, dan MTV3 Junior dan MTV3 di Finland, katanya.
    Rovio telah mengembangkan perniagaan mereka ke dalam bentuk cenderamata dan perlesenan sejak beberapa tahun kebelakangan dan karakter burung bulat berwarna warninya kini dijual dalam pelbagai bentuk dari pencetakan t-shirt sehinggalah ke tin soda di serata dunia.
    Disember lalu, syarikat itu turut mengumumkan perlantikan eksekutif Hollywood, David Maisel senagai penerbit eksekutif bagi filem animasi 3D yang dijadual tayangnya pada 2016. - Reuters

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...