Friday, March 15, 2013

Facebook perkenal wajah baru “Newsfeed”



CEO Facebook, Mark Zuckerberg berucap pada majlis di ibu pejabat syarikat itu di Menlo Park.
CEO Facebook, Mark Zuckerberg berucap pada majlis di ibu pejabat syarikat itu di Menlo Park.
    MENLO PARK – Facebook Inc mereka bentuk semula ruangan “Newsfeed” dengan penghasilan imej yang lebih jelas dan pengenalan seksyen baru bagi ruangan rakan-rakan, foto dan muzik, menyifatkan ia akan menjadi seperti “akhbar peribadi” yang lebih sesuai dengan gaya hidup mudah alih generasi masa kini.
    Newsfeed yang baru direka untuk kelihatan sama pada kesemua peranti.
    Newsfeed yang baru direka untuk kelihatan sama pada kesemua peranti.
    Diperkenalkan di ibu pejabat syarikat itu di California pada Khamis, pembaikpulihan tersebut direka bagi membolehkan pengguna berinteraksi dengan lebih kerap ketika menggunakan newsfeed, berbanding sekadar mengemaskini status dan menyapa pengguna lain sebaik mendaftar masuk dalam Facebook.
    Ketua Pegawai Eksekutif-nya Mark Zuckerberg, berkata wajah baru itu lebih pantas menarik perhatian pengguna pelbagai peranti mudah alih, dari tablet, telefon pintar mahupun komputer riba.
    Katanya, reka bentuk baru itu bertujuan untuk menyelaraskan navigasi dengan lebih tepat kepada semua jenis peranti.
    Wajah baru newsfeed mula didedahkan penggunaanya bermula Khamis dan akan dipantau Facebook secara berperingkat bagi memberi ruang untuk mereka menilai keputusan dan seterusnya meminda reka bentuk rangkaian sosial berkenaan.
    Eksekutif Facebook menyifatkan perubahan terbaru ini akan membantu syarikat berkenaan menyelia bentuk kandungan yang semakin banyak susulan peningkatan jumlah pengguna dari masa ke semasa.
    Kemas kini terakhir dilakukan keatas perincian itu adalah pada September 2011.
    Sejak itu, Facebook telah memperbadankan iklan secara langsung dalam ruangannya dan mengalih tumpuan untuk mewujudkan “pengalaman mudah alih pertama,” kerana lebih ramai pengguna kini mengakses rangkaian sosial dari telefon pintar berbanding komputer. – Reuters

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...