Friday, March 15, 2013

Filem Terbaik Oscar 2013 milik Argo

CALIFORNIA – Seperti diramal, filem berkisar kisah tebusan di Iran, Argo, dinobat sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Akademi edisi ke-85 yang berlangsung, hari ini.Affleck turut memegang watak utama dalam Argo

Filem arahan Ben Affleck dan diterbitkan bersama George Clooney itu turut memenangi kategori Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik.
Bagi kategori Sutradara Terbaik di mana Affleck tidak tercalon, Ang Lee muncul pemenang bagi filem Life of Pi.
Life of Pi turut mengungguli tiga kategori lain; Sinematografi, Efek Visual dan Skor Muzik Asal Terbaik.
Lawrence, Hathaway, Adele dan Hudson di Oscar
Lawrence, Hathaway, Adele dan Hudson di Oscar
Seperti dijangka juga, Daniel Day-Lewis diiktiraf Pelakon Lelaki Terbaik menerusi watak Lincoln bagi filem dengan tajuk yang sama. Ini adalah kemenangan ketiga dalam sejarah pembabitan Day-Lewis dalam pencalonan Oscar.
Christoph Waltz merangkul anugerah kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem arahan Quentin Tarantino, Django Unchained. Waltz pernah memenangi anugerah sama untuk filem Inglorious Basterds, juga arahan Tarantino.
Sementara itu, Tarantino tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi kategori Lakon Layar Asal Terbaik.
Berjaya mengatasi saingan sengit dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik termasuk dari Sally Field dan Jessica Chastain, Jennifer Lawrence diiktiraf pemenang mutlak, hasil lakonan mantap dalam filem Silver Linings Playbook.
Juga menepati ramalan adalah kemenangan Anne Hathaway menerusi filem muzikal, Les Miserables.
Jarang sekali berlaku, kemenangan bersama diisytihar untuk kategori Suntingan Terbaik yang dimenangi filem Zero Dark Thirty dan Skyfall.
Skyfall turut diumum sebagai Lagu Asal Terbaik.
Michelle Obama umumkan Filem Terbaik dari White House
Michelle Obama buat kejutan, umumkan Filem Terbaik dari White House
Anugerah Oscar yang dihoskan buat pertama kali oleh Seth Macfarlene berlangsung dalam durasi tiga jam setengah itu, turut menampilkan persembahan-persembahan menarik oleh Jennifer Hudson, barisan pelakon Les Miserables, Chicago dan Dreamgirls.
Persembahan menakjubkan dari barisan pelakon muzikal Les Miserables
Persembahan menakjubkan dari barisan pelakon muzikal Les Miserables
Turut menghangatkan majlis, dendangan lagu oleh Norah Jones, Barbara Streisand dan Adele. – ABN News

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...