Friday, March 15, 2013

Google Reader bakal dihentikan bermula 1 Julai


    CALIFORNIA – Syarikat multinasional Amerika Syarikat, Google Inc yang menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan berkaitan Internet, pada Khamis berkata ia akan menghentikan perkhidmatan Google Reader bermula Julai ini selepas mencatat penurunan jumlah pengguna aplikasi itu.
    “Terdapat dua sebab utama untuk ini: penggunaan Google Reader telah menurun, dan sebagai sebuah syarikat kami telah mencurahkan semua tenaga kami ke dalam produk yang kurang mendapat sambutan,” menurut Google menerusi blog rasminya.
    Aplikasi Google Reader telah dilancarkan pada 2005 sebagai Labs Google sebelum muncul sebagai produk persendirian pada 2007.
    Ia adalah sebahagaian daripada usaha Google Inc untuk memudahkan orang ramai mengenalpasti dan menyimpan tab pada laman web kegemaran mereka.
    Walaupun terdapat kewujudan pilihan RSS lain, Reader selama ini menjadi pilihan kebanyakan pengguna kerana ciri-ciri sosialnya yang membolehkan rakan pengguna mengikuti dan berkongsi cerita dengan orang lain. Perkhidmatan itu akan dihentikan bermula 1 Julai depan.
    Google berkata, pengguna dan pemaju berminat dengan altenatif lain,  boleh mengeksport data termasuk langganan RSS mereka menerusi perkhidmatan “Google Takeout” sepanjang tempoh empat bulan akan datang. – Reuters

    1 comment:

    Bahrain Ramlan said...

    so, nnti maknanya follower pun tak ada jugak ke?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...