Saturday, March 16, 2013

Hafiz Bakal Beraksi Solo Di Dewan Filharmonik!


Hafiz Bakal Beraksi Solo Di Dewan Filharmonik!

























KL, 25 FEB 2013: Bukan semua penyanyi baru berpeluang untuk beraksi di pentas yang penuh berprestij seperti Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Malah, penyanyi yang sudah sekian lama established dalam bidang ini pun, belum tentu dapat peluang untuk beraksi di dewan ini bersama puluhan pemuzik orkestra yang penuh kaliber.

Atas sebab itu, Murai Batu rasa bangga sangat apabila mendapat tahu bahawa penyanyi yang memiliki vokal mantap, Hafiz yang juga juara Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) telah dipilih untuk beraksi secara solo di DFP menerusi segmen Spotlight pada 3 Jun 2013, bermula jam 8.30 malam.

Setakat ini, Murai Batu tak tahu lagi bagaimana repertoire Hafiz kala diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia pada malam ini nanti. Tapi, Murai Batu percaya, Hafiz pasti akan tampil hebat bersama lagu-lagunya yang memang sentiasa digemari. Malah, pasti akan ada kejutan yang dilakukan oleh Hafiz pada malam ini nanti.

Apapun, kalau korang semua tak mahu lepaskan peluang menyaksikan konsert solo Hafiz di Dewan Filharmonik Petronas ini, cepat-cepatlah beli tiket ya. Sebab tempatnya agak terhad dan tidaklah seluas Istana Budaya. Lagipun, konsert solo Hafiz ini hanya diadakan pada satu malam saja.

Tiketnya pun taklah mahal mana, hanya RM80 saja. Tapi, yang penting, korang kenalah ikut peraturan kod etika pakaian. Apapun, Murai Batu tak sabar nak tunggu Hafiz bikin persembahan dengan iringan muzik orkestra. Mesti best....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...