Sunday, March 17, 2013

Intan Ladyana serba boleh


 
Bermula sebagai model komersial, Intan Ladyana cepat dikenali sebagai pelakon kerana wajah jelitanya hingga diberi kepercayaan menjayakan drama Puteri, Jelatang, Trio dan Bapa Bola Anak Futsal.
Langkah pertamanya di layar perak melalui filem Tipah Tertipu The Movie terbitan sulung Excellent Pictures milik pengarah Ahmad Idham, tetapi namanya mula melonjak naik melalui filem Jangan Pandang Belakang juga arahan Ahmad Idham. 
Walaupun lakonannya dalam Jangan Pandang Belakang mendapat kritikan, filem menggandingkan Intan dengan Pierre Andre mencatat kutipan box-office hingga dia terus diberi peluang berlakon dalam Adnan Sempit berganding dengan Shaheizy Sam. 

Filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) ini turut mencatat kutipan tinggi hingga dihasilkan dua lagi sekuelnya, Adnan Sempit 2 dan Adnan Sempit 3 serta filem lain terbitan MIG seperti Kembar Siang, Flat 3A, X dan Bini-biniku Gangster.

Selain berlakon dan menjadi model, gadis jelita kacukan Melayu (ayah) dan Siam (ibu) ini turut diberi kepercayaan menjadi hos mengendalikan program Hello Minda dan Adventurace 2006.

Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia 24 (FFM24) dalam kategori Pelakon Harapan Terbaik, namun nasib tidak berpihak kepadanya. Begitu juga di Anugerah Skrin 2012 serta Anugerah Blockbuster. 


FAKTA: 

Nama Sebenar: Intan Nurladyana Muhamad Yahaya 
Lahir: 2 Jun 1982 di Kuala Lumpur 
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik. 
  • Pernah bercinta dengan Kevin Zahari dan mencetuskan kontroversi apabila gambar kurang sopan mereka mengundang rasa kurang senang peminat. 
  • Dilanda kontroversi tersebarnya gambar bogel didakwa mirip wajah Intan. 
  • Bercinta dengan Kamal Adli lebih tiga tahun namun masih belum ada tanda untuk menamatkan zaman bujang. 
  • Digandingkan bersama Kamal Adli dalam filem Kembar Siang.
  • No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...