Friday, March 15, 2013

[ IT/ Gajet ] Gambar Telefon Pintar Samsung Galaxy S4 Tersebar


s4
Satu siri imej yang diterbitkan di forum berbahasa Cina untuk peminat telefon pintar Samsung menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy 4 terbaru yang telah disebarkan.  Telefon bimbit yang kelihatan sedikit lebih besar daripada Samsung Galaxy S3 mendakwa telefon mempunyai paparan 1080p, Android 4.2.1, mempunyai pemproses 1.8GHz Universal 5410 dan 2GB RAM.
Manakala spesifikasinya pula, menurut portal The Verge,  ”kemungkinan codename untuk OCTA Exynos 5410, lapan teras pemproses dengan empat teras A15 untuk kuasa dan empat teras A7 untuk kecekapan kuasa”.
s4-2
Menurut portal SamMobile pula,  Samsung Galaxy S4 juga akan menampilkan skrin PHOLED, yang merupakan skrin yang menggunakan tenaga yang lebih cekap daripada skrin standard OLED. Telefon pintar itu juga bakal menampilkan kamera 13 megapiksel dan mod fotografi baru yang dipanggil Samsung Orb yang akan menangkap imej 360-darjah.  Telefon bimbit yang baru akan mempunyai saiz 5-inci, paparan skrin 1080×1920 piksel dengan kepadatan 480 piksel per inci.
Model telefon pintar Samsung Galaxy
galaxysamsung

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...