Saturday, March 16, 2013

Keith Foo Profesional Buat Babak Panas


Keith Foo Profesional Buat Babak Panas
KUALA LUMPUR, 14 MAC 2013: Sebelum disunting menjadi artis Astro, Keith Foo, 30 sudah mencipta nama sebagai pelakon dan model di Indonesia selama 10 tahun.
Menilai pencapaian Keith sebagai pelakon di Seberang, anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan itu pernah melakukan babak panas dalam cerita lakonannya.KUALA LUMPUR, 14 MAC 2013: Sebelum disunting menjadi artis Astro, Keith Foo, 30 sudah mencipta nama sebagai pelakon dan model di Indonesia selama 10 tahun.
Ditanya adakah dia berani untuk melakukan babak seperti itu di Malaysia, Keith nyata mempunyai alasannya sendiri.
"Untuk saya bersedia atau tidak berlakon aksi panas di sini, itu bukanlah soalan yang perlu dibangkitkan.
"Sebaliknya, sama ada pelakon itu profesional ataupun tidak untuk melakukan babak berkenaan," katanya kepada murai.com.my.
Dari pengalaman tersebut, Keith menjawab gosip yang bakal melanda dirinya adalah resam kerjaya sebagai anak seni.
"Sedia atau tidak untuk hadapi gosip, saya perlu sentiasa bersedia untuk apa yang berlaku selepas ini. Mengenai gosip , ada diantaranya benar dan ada juga yang tidak benar.
"Sekarang ini, soal gosip saya akan serahkan kepada pihak Astro untuk menguruskannya. Saya sebagaitalent hanya buat saja apa yang perlu.
"Bagi saya,dalam dunia hiburan, gosip itu normal," ujarnya.
Bagaimanapun, Keith tidak berahsia bahawa gosip dirinya bersama pelakon Indonesia iaitu Dwi Persik banyak meninggalkan kesan mendalam sepanjang bergelar pelakon di tanah seberang.
"Sukar untuk saya melupakan gosip saya dikaitkan dengan Dwi Persik. Dalam gosip tu, saya telah dituduh melakukan aksi lucah bersama Dwi Persik.
"Padahal ia hanyalah teknik pengarahan dan kamera angle saja. Inilah gosip yang paling teruk saya pernah kena, " ujarnya.

Info Keith Foo

Tarikh Lahir: 6 Januari 1983
Asal: Gemas, Negeri Sembilan
Filem: Mati Suri, Paku Kuntilanak, Bidadari Jakarta, Pengantin, Pantai Biru, Akibat Pergaulan Bebas 2, x-Last Moment
Drama: Cinta dan Anugerah, Sinar, Dalam Setiap Sujud
Iklan: Black Id, Kick Denim, Smith,. Bloodblaze, Airplane, Louise Casual, Reclays, Mall Leather.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...