Friday, March 15, 2013

Lady Gaga Kembali Pulih Selepas Guna Kerusi Roda Emas!


Lady Gaga Kembali Pulih Selepas Guna Kerusi Roda Emas!

LOS ANGELES, 15 MAC 2013: Kalau dah namanya Lady Gaga, semua hal berkaitan dirinya harus ekstravaganza dan lain daripada yang lain. Daripada imej, pakaian, baju, rambut dan sebagainya harus pelik dan aneh. Yang terbaru dia yang dilaporkan menjalani rawatan kerana kecederaan pinggul telah tampil dengan kerusi roda ala Gaga bersadur emas!

Selepas pembedahan di bahagian pinggul bulan lalu, penyanyi tersebut telah menemui pereka Ken Borochov dari label Mordekai untuk mereka sebuah kerusi roda emas khas untuk digunakan Gaga. Pereka itu telah menciptakan kerusi roda bersadur emas 24 karat yang digunakan Gaga semasa proses pemulihan.

"Saya pada awalnya terkejut selepas menerima panggilan daripada Lady Gaga yang mahukan sebuah kerusi roda. Seperti biasa saya tidak mahu menghampakan dan sentiasa mencabar kebolehan saya mereka sesuatu benda, terhasillah sebuah kerusi roda khas untuk ratu (Lady Gaga),"jelas pereka tersebut.
Melihat kepada imej yang telah dimuat naik dalam carian Google itu, kerusi roda yang dihasilkan oleh pereka Ken Burachov adalah satu rekaan yang paling 'fierce' pernah dihasilkan buat Ratu Pop tersebut. Ia terlihat edgy dan gah dengan gabungan rona hitam beserta saduran emas.
Ia bukan sekadar kerusi roda glamor tetapi tetap dilengkapi ciri keselamatan sama seperti kerusi roda biasa malah ditambah beberapa ciri lain seperti bumbung, tempat duduk yang oleh dilaras dan mendapat sentuhan kemasan kulit mewah.
Pastinya Lady Gaga akan cepat sembuh dengan menggunakan kerusi roda glamornya ini. Apa kata anda selepas melihat kerusi roda ini? Stailista atau Oops?
Laporan yang dibuat di E! Online ini turut menceritakan tentang Lady Gaga yang berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya selepas menjalani pembedahan tersebut. - E! Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...