Friday, March 15, 2013

Lagu Yuna jadi pilihan American Idol


Yuna dan Owl City hiasi runut bunyi "The Croods".
Yuna dan Owl City hiasi runut bunyi "The Croods".
    KUALA LUMPUR – Lagu nyanyian Yuna, “Shine Your Way” yang merupakan lagu tema runut bunyi filem terbitan DreamWorks, “The Croods”, bakal dinyanyikan secara berkumpulan oleh para finalis American Idol musim ke-12.
    Lagu terbitan bersama oleh Adam Young, Alan Silvestri dan Glen Ballard itu, adalah dendangan asal oleh Yuna bersama Owl City.
    Lagu berkenaan bakal disampaikan sebagai persembahan pembukaan finalis American Idol untuk episod penyingkiran, malam ini.
    Ia akan disiarkan secara langsung menerusi satelit jam 6.05 petang di saluran Star World Astro 711.
    Saluran 8TV pula akan menyiarkannya pada Sabtu ini jam 10.30 malam.
    Sementara itu, dalam tweet terbaru Yuna, beliau mengumumkan bakal mendendangkan lagu yang sama secara ‘live’ bersama Owl City dalam rancangan “The Tonight Show with Jay Leno” juga bersiaran malam ini.
    Filem “The Croods” dijangka ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia 21 Mac depan.
    Yuna yang bernaung di bawah Verve Music Group kini berpengkalan di Los Angeles. – ABN News

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...