Saturday, March 16, 2013

Peminat Keliru Usia Kandungan Fasha Sandha?


Peminat Keliru Usia Kandungan Fasha Sandha?
Seronok pula Murai Batu baca artikel Fasha Sandha di murai.com.my semalam yang ternyata teruja untuk menimang cahaya mata pertamanya bersama suami Jejai.KL, 14 MAC 2013: Tahniah Murai Batu ucapkan kepada pelakon Fasha Sandha yang dijangka akan melahirkan bayi lelaki sulungnya pada penghujung Mac atau April ini.
Dalam sedang asyik membaca, Murai Batu sempat juga membaca komen yang diberikan oleh pembaca-pembaca murai.com.my terhadap artikel tersebut.
Selain ucapkan tahniah tanpa henti, Murai Batu lihat banyak juga komen daripada pembaca yang seperti keliru dengan usia sebenar kandungan Fasha Sandha.
Terkejut juga Murai Batu bila membaca komen mereka.
Kebanyakan pembaca keliru dan meragui usia kandungan Fasha kerana selepas mereka membuat perkiraan sepatutnya Fasha sudahpun melahirkan bayinya pada Januari atau Februari lalu.
Mereka membuat perkiraan daripada tarikh 14 Mei tahun lalu iaitu ketika Fasha sendiri mengumumkan di akaun Twiiter miliknya yang dia sudah hamil.
Malah Fasha mengesahkan dia bunting pelamin selepas diijabkabulkan pada 27 April 2012.
Kemudian pengurusnya mengesahkan bahawa kandungannnya ketika itu sudahpun berusia 2 minggu.
Ada juga komen salah seorang pembaca yang mengatakan kandungan Fasha sudah memasuki 11 bulan lamanya dan mushkil bagaimana ianya boleh terjadi.
Murai Batu pun jadi keliru juga bila membaca komen daripada pembaca ini.
Kalau betul Fasha sebenarnya hamil lewat daripada yang diketahui umum, mengapa pula dia mengumumkan lebih awal?
Entah, Murai Batu pun tiada jawapan. Tetapi Murai Batu hanya berperasangka baik dan mendoakan agar Fasha dapat melahirkan bayi tersebut dengan selamat tidak lama lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...