Friday, March 15, 2013

Pengarah didakwa ajak Carmen Chew ke ranjang

Carmen Chew
Carmen Chew
    SELANGOR – Pelakon baru, Carmen Chew Richy mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pengarah berusia 38 tahun.
    Menurut laporan akhbar Harian Metro, Carmen, 22 mendedahkan nasib yang menimpanya itu kerana dia sudah tidak tahan dengan pengarah yang sudahpun berkahwin itu telah lebih 50 kali mengajaknya melakukan hubungan seks.
    “Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut disebarkan  fitnah kononnya menjalin  hubungan dengan ramai artis lain,” kata pelakon baru itu.
    Pelakon Cina yang baru  setahun berjinak di dalam dunia lakonan, berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu selepas diperkenalkan seorang rakan.
    Carmen juga merupakan pelakon utama drama Kampung Simpang Burung.
    “Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap  baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik  sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya,” katanya.
    Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat  terutama hal kerja, pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan  gangguan seksual apabila meraba anggota badannya.
    “Kerana  menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya   berbuat demikian  kerana saya tahu dia sudah beristeri,” katanya.
    Carmen beberapa kali menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu  sejurus diminta melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000.
    “Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks, diraba dan  dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000,” katanya.

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...