Sunday, March 17, 2013

Se7en minta maaf pada PSY




Pada 10 Mac lalu, Se7en memuat naik status Twitter memohon maaf kepada Psy.
Katanya, dia tidak sangka Psy akan menjadi artis antarabangsa. Pada status itu, Se7en turut memuat naik foto dia menyimbah sebotol air minuman atas kepala Psy.

Psy pula membalas ‘tweet’ itu dalam keadaan ketawa berkata, Se7en seolah- olah sedang menyiram pokok atas pentas.
Se7en dan Psy bernaung di bawah label sama, malah Psy pernah menghadiahkan sebakul bunga kepada Se7en pada konsert akhirnya sebelum mengikuti latihan tentera mulai Selasa ini. Pada reben yang terikat pada bakul itu, Psy menulis supaya Choi Lee Byung (nama sebenar Se7en) selamat pulang.

Se7en berterima kasih dan berbalas ‘tweet’ dengan Psy dalam keadaan gembira, jelas menunjukkan hubungan mereka akrab.

-MyMEtro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...