Friday, March 15, 2013

[ Sinopsis & Review Filem ] Filem Fantasi Oz The Great And Powerful – 3 Bintang


oz
Filem arahan Sam Raimi dan ditulis oleh Mitchell Kapner dan David Lindsay-Abaire (Rabbit Hole) meneroka asal-usul cerita yang ditulis L. Frank Baumof Oz dan filem ini mula ditayangkan pada minggu lepas di pawagam Malaysia. Filem Oz The Great And Powerful ini merupakan filem adaptasi Wizard Of Oz tetapi telah diberikan suntikan kelainan sikit terutamanya dari segi watak.
oz6
Sinopsis 
Seorang ahli silap mata  nakal tetapi penuh kebijaksanaan dipilih menjadi pemerintah yang berkuasa di tempat misteri yang bernama Oz selepas dibawa ke tempat ajaib apabila dia menaiki belon udara panas dan masuk ke dalam ribut taufan secara tidak sengaja. Ahli silap mata itu yang bernama Oscar Diggs (James Franco) memukau penonton dengan acara magiknya dan mengakui bahawa idolanya adalah Thomas Edison. Selepas sampai ke tanah ajaib itu,berjuma dengan seorang wanita cantik bernama  Theodora (Mila Kunis), yang juga merupakan seorang ahli sihir.  Ahli sihir itu telah memberitahu Oz mengenai ramalan raja bahawa seorang lelaki yang bernama Oz akan jatuh dari langit yang menyelamatkan mereka dari ancaman ahli sihir jahat. Rupanya Theodora dan kakaknya Evanora merupakan ahli sihir jahat dan memfitnah ahli sihir baik Glinda ( Michelle Williams ) . Oz kemudian terjumpa seekor monyet yang mempunyai sayap dan boleh bercakap Finley (suara Zach Braff) dan juga anak patung Cina (suara Joey King) dan sama-sama bergabung untuk menghalau ahli sihir jahat tersebut. Evanora telah menghasut adiknya Theodora supaya membeli Oz apabila dia memfitnah Oz dan itu menyebabkan Theodora patah hati dan termakan hasutan kakaknya. Dia telah mengigit buah epal hijau yang disihir dan berubah menjadi ahli sihir yang kejam. Oz bersama-sama dengan rakyat jelata yang lain membuat rancangan untuk menghalau adik-beradik ahli sihir terbabit dan seterusnya membebaskan bandar Emerald dari ancaman sihir jahat.
oz4
oz3
wk-oz0308
oz2
Review
Jalan ceritanya agak berlainan dengan cerita Wizard Of Oz biasa dimana kalau kita lihat, gadis comel bernama Dorothy dan kasut rubi merahnya, yang diterbangkan ke tanah ajaib yang menempatkan bandar Emerald. Kali ini tiada Tinman dan tiada Singa berani yang boleh bercakap tetapi sebaliknya patung buatan China dan juga monyet terbang. Jalan ceritanya agak straight forward dan sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak, dan memang warna yang digunakan untuk CGI filem ini cantik (kalau tengok 3D lagilah cantik ). Cuma efek CGI yang digunakan dan pelakonnya mungkin agak kurang natural dan menyebabkan mereka nampak kekok sedikit. Cerita ini tidaklah SUPERB dan WOW, tetapi bestlah kalau ditonton terutamanya peminat filem klasik Oz dan mereka yang sukakan filem bergenre fantasi. Kami bagi 3.5 bintang untuk efek grafik filem yang best! Jalan cerita kami bagi 3 bintang.

Sumber- Wanista

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...