Sunday, March 17, 2013

Twitter Eunhyuk diceroboh


12 Mac lalu, Eunhyuk daripada kumpulan Super Junior (Suju) memuat naik status Twitter yang menerangkan situasi yang berlaku padanya selepas akaun Twitternya dipecah masuk secara haram oleh individu tidak dikenali.
“Nampaknya akaun Twitter saya kena ‘hacked’. Saya sedar kerana ada satu ‘post’ asing yang bukan milik saya muncul di akaun, kemudian hilang. Bila pula saya ikut Heechul yang tidak ada Twitter? Siapa yang menyamar sebagai saya? Orang itu pasti ada agenda sendiri,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyampai radio MBC, Sohn Han Suh membalas tweet Eunhyuk berkata: ‘untuk sebab tertentu tweet Eunhyuk muncul di ‘timeline’ saya baru-baru ini. Tapi bila ditanya pada Eunhyuk, kali terakhir dia memuat naik status Twitter ialah dua minggu lalu.” Selain Eunhyuk, selebriti lain yang pernah melalui pengalaman akaun sosial mereka diceroboh ialah Kim Jaejoong dari JYJ, Lee Ki Kwang dari Beast, Seo In Gook, Tiger JK dan ramai lagi.

-MyMetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...