Sunday, April 21, 2013

Cara Buat Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/2014


Cara Buat Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/2014


Semakan boleh di buat pada 25 April 2013

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan pada 25hb April 2013 keputusan calon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi bagi sesi 2013/2014.

Dalam satu kenyataan, Kementerian menyatakan semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup 10hb Oktober 2012 boleh membuat semakan di laman web www.moe.gov.my.

Makluman Kepada Semua Pelajar Lepasan SPM 2012

Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 25 April 2013. Harap maklum.

Tarikh Rasmi Keputusan Matrikulasi  Sesi 2013/2014

25 APRIL 2013 (Khamis)

Cara Semakan Matrikulasi 2013/ 2014

Semakan boleh dibuat di laman web kementerian pelajaran di sini iaitu setelah applikasi semakan matrikulasi sesi 2013/ 2014 dibuka.

Semakan Guna SMS

SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

BACA LAGI- Cara Buat Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/2014

Monday, April 15, 2013

Apakah makanan seimbang untuk diet secara sihat?


Apakah makanan seimbang untuk diet secara sihat?



Makanan yg seimbang sgt penting dalam memastikan kesihatan yg sihat. Diet yg terbaik adalah datangnya daripada pemakanan yg seimbang. Sungguhpun begitu, pengambilan calorie haruslah berdasarkan betapa aktifnya anda dalah kehidupan seharian. Pengambilan calorie haruslah seimbang dengan tenaga yg digunakan. Bagaimana ingin mengetahui apakah pengambilan calorie cukup atau terlebih, terlebih dahulu kena mengetahui keperluan calorie seharian. Sungguhpun pengambilan calorie tidak melebihi keperluan calorie seharian, anda perlu pastikan segala calorie daripada pemakanan haruslah seimbang untuk tubuh badan menerima segala nutrisi yg diperlukan.

Diet secara sihat adalah daripada makanan yg seimbang, termasuklah:

1. Pengambilan Carbohydrate

Carbohydrate terdiri daripada sumber makanan berkanji, seperti nasi, kentang, bijiran, dan roti. Sumber carbohydrate yg baik adalah digabungkan sekali dengan bijiran. Hal ini kerana ia mengandungi serat di mana akan menjadikan anda kenyang lebih lama. Makanan carbohydrate ini seeloknya diambil segenggam tangan, kerana jika terlebih juga akan menyumbang kepada kenaikan berat badan.


2. Lebihkan memakan buah dan sayur-sayuran

Diet secara sihat boleh jadikan buah-buahan atau sayur-sayuran bukan sahaja boleh disertai dalam satu pinggan waktu pemakanan, malah ia juga boleh dijadikan sbg snek tambahan. Makan 5 kali dalam kuantiti yg sedikit adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan. Malah 1 gelas jus buah-buahan juga dikira sbg snek diet yg menyihatkan.


3. Lebihkan protein dari bersumberkan ikan

Ikan adalah sumber protein yg mengandungi vitamin dan mineral. Ia juga mengandungi lemak omega-3 yg mana boleh membantu untuk mengelakkan penyakit jantung. Seeloknya ambillah protein yg tidak dimasak secara bergoreng kerana ia boleh mengurangkan pengambilan lemak, untuk mendapatkan diet yg sihat serta mampu menurunkan berat badan.


4. Kurangkan pengambilan lemak tepu

Lemak terbahagi kepada dua, lemak tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu akan meningkatkan cholesterol dalam darah, yg boleh menyebabkan risiko penyakit jantung. Ia boleh didapati dari makanan seperti butter, cheese cake, cream, dan biskut. Kurangkan mengambil makanan lemak tepu, dan biasakan ambil lemak tak tepu seperti minyak sayur dan minyak ikan dalam kuantiti yg sedikit. Untuk daging, ambillah bahagian isi dan buangkan bahagian lemak yg kelihatan.


5. Kurangkan pengambilan gula

Gula adalah sumber carbohydrate ringkas yg menyumbang kepada calorie yg tinggi. Pengambilan minuman dan makanan manis akan menyebabkan berat badan mudah naik. Gula didapati melalui buah-buahan adalah lebih baik daripada gula daripada makanan kerana tubuh badan hanya perlukan kadar gula yg sedikit utk berfungsi dgn baik.

Diet yg sihat daripada pemakanan yg seimbang membantu anda untuk mencapai berat badan ideal. Pemakanan seimbang bukanlah diet yg diamalkan untuk seminggu dua, malah ia adalah komitmen untuk mengekalkan kesihatan diri sepanjang masa.
BACA LAGI- Apakah makanan seimbang untuk diet secara sihat?

Adegan Ranjang dan Buka Baju Dalam Mencari Cinta


Adegan Ranjang dan Buka Baju Dalam Mencari Cinta

Judul: Mencari Cinta
Pengarah : Shirin Hj Khuzaimi (fdam)
Penerbit
Khairul Anuar Zainal Kadri (Armnet Integrated Sdn Bhd)
Pelakon : Nora Danish, Rusdi Ramli, Mahmud Ali Basha, Connie Ahmad, Fouziah Gous
Genre: Romantik
Tarikh Mula Tayang: 25 April 2013
Ulasan oleh 'Afi Mi'mar
Sekali Imbas
Perkahwinan aturan keluarga menjadi permulaan bait-bait cinta antara Myra dan Razlan. Menampilkan jalan cerita yang seringkali kita tonton dengan suntikan elemen yang lebih menonjolkan babak-babak melibatkan hubungan intim suami dan isteri.
Filem ini mungkin mengundang nostalgia bagi pasangan penonton yang berkahwin dengan cara ini. Tetapi kemanisan dalam hubungan seperti hilang apabila dibayangi aksi ranjang yang lebih kuat.
Ulasan Penuh
Mencari Cinta lebih berbaur erotik dari romantis. Babak intim gandingan kontras Myra dan Razlan menjadi hidangan utama filem dengan lagak yang natural dan ada kalanya mencuit hati.
Susunan plot pula sudah dapat diteka penonton di mana klimaks dan twist tidak begitu berkesan namun penelitian dari segi kesinambungan dan lain-lain dilihat agak kemas.
Karektor juga dilihat mengekalkan sifat yang digambarkan penulis. Contohnya Myra seorang gadis bandar yang berpelajaran, berkuasa dan keras kepala ia tidak berubah sepanjang watak itu dilakonkan.
Begitu juga Rusdi Ramli yang membawakan watak Razlan, anak muda dari kampung yang juga berpelajaran tetapi memilih cara hidup seperti di kampung walaupun telah tinggal di bandar.
Cuma, adegan tanggal baju oleh Razlan sebanyak 5 kali sepanjang filem ini agak melebih dan hilang relevannya.
Andai dikatakan adegan ini hendak menampakkan yang si Razlan ini orang kampung, tidak boleh juga. Kerana babak-babak lain memaparkan kekampungan si Razlan adalah memadai.
Isi dan pengolahan cerita, mungkin agak kurang memuaskan. Isu-isu lain dalam berumah tangga tidak mendapat tonjolan.
Romantis bagi pengarah, mungkin hanya tertumpu di ranjang dan tidak tersampai dalam aspek lain.
Mungkin boleh diperlihatkan akan romantis itu dalam cara Myra dan Razlan terjumpa cinta oleh karakter atau personaliti masing-masing selain beraksi mesra.
Filem yang dipromosikan bersandar hadis, dengan slogan "Iman seseorang itu tidak sempurna sebelum dia berkahwin. Dan perkahwinan adalah penyempurnaan separuh daripada iman;" ini kurang menyengat dari segi tuntutan penyempurnaan iman oleh kedua-dua belah pihak. Baik si suami, mahupun si isteri.
Tidak terkesan akan ruang peluang beribadah yang ditawarkan oleh agama dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.
Lafaz hadis adalah seperti berikut; Dari Anas bin Malik, ia berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Apabila seseorang bernikah, maka sungguhnya dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya." (Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi).
Corak nada kisah cinta lama bekas kekasih dengan pasangan masing-masing adalah ringkas dan tidak diceritakan lebih lanjut. Mungkin akan didedahkan dalam drama bersiri nanti (mungkin).
Di dalam filem, ianya kurang terkesan akan kehadiran Malek dan Mila yang menjadi ancaman kepada pasangan Myra dan Razlan.
Akhir kata, Mencari Cinta dihiasi gelagat comel Myra yang jika ditatap dengan nafsu, pasti akan membangkitkan rasa berahi lelaki.
Sinopsis
Cerita ini berkisarkan Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi di saat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain.
Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan. Ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.
Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampung yang begitu dedikasi dan amanah pada orang tua yang mengusahakan ladang ternakan telah diputuskan oleh tunangnya Mila kerana ingin melanjutkan pelajarannya.
Walau bagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa dia dan Mila tiada jodoh.
Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea meminta pertolongan Ramlah isteri kepada arwah abang angkatnya iaitu ibu Razlan.
Tujuan awal beliau memang hendak Myra dengan Razlan berkahwin sekiranya Myra tiada pilihan sendiri.
Namun latar belakang Myra dan Razlan berbeza kerana Razlan dibesarkan cara kampung manakala Myra pula moden cara pemikirannya.
Jodoh telah memukan Myra dan Razlan. Di sini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati.

sumber - murai
BACA LAGI- Adegan Ranjang dan Buka Baju Dalam Mencari Cinta

Saturday, April 13, 2013

Misha Omar Tangguh Kahwin Ke 2014 Pula


Misha Omar Tangguh Kahwin Ke 2014 Pula

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2013: Penyanyi, Misha Omar yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 31, pada September tahun lalu, bagaimanapun terpaksa menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2014.
"Tahun ini saya sangat sibuk, bayangkan jadual saya Misha Omar berkata, dia dan bakal suami terpaksa menangguh perkahwinannya kerana sibuk dengan urusan kerja selain sedang mencari masa sesuai untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.penuh sehingga Ogos, tapi tak akan nak kawhin bulan puasa pula kan?
"Jadi jangan tanya mengenai kahwin dahulu buat masa ini.
"Sebenarnya kami sudah tangguh sekali dan sepatutnya September tahun lalu.Tapi waktu itu tunang saya belum habis peperiksaan sebelum mendapat lesen untuk mengendalikan pesawat Airbus.
"Jadi insyAllah, kami akan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun hadapan iaitu 2014," katanya kepada murai.com.my
Misha Omar memberitahu, dia tidak mahu mempersia-siakan rezeki yang datang kerana selepas melancarkan album keempatnya pada Mei ini dia bakal beraksi pula dalam teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya pada Jun ini.
"Kita jangan terlalu gelojoh. Asalkan kami membawa diri dalam perhubungan ini itu sudah cukup memadai kerana satu kaki kami sudah kearah itu (perkahwinan).
"Saya akui rezeki datang melimpah tahun ini mungkin sebab niat nak kahwin itu ada, jadi tuhan bagi rezeki begini.
"Usaha nak kahwin itu ada tetapi biarlah saya selesaikannya satu-persatu," jelasnya lagi.
Misha memberitahu dia bakal mengambil cuti sekurang-kurangnya dua bulan sebelum untuk membuat persiapan perkahwinan supaya momen hari bersejarah itu dapat dilaluinya dengan sempurna.
"Pada saya, ini detik ini paling indah buat saya kerana akhirnya saya dapat buktikan bahawa gosip yang mengatakan saya sudah berkahwin itu tidak benar.
"Lebih indah lagi, akhirnya saya bertemu dengan orang yang benar-benar mahu ambil saya sebagai isteri.
"Saya mahu bila saya sudah mengambil keputusan hendak berkahwin biarlah ianya tidak berjalan dengan dengan tergesa-gesa dan bercelaru bersama komitmen kerja yang belum selesai.
"Jadi saya akan mengambil sebulan hingga 2 bulan untuk berehat daripada aktiviti seni untuk manjakan diri.
"Saya mahu fokus satu persatu perkara dan tak mahu ianya bercelaru," tambahnya lagi.
Misha dan Firos telah bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu dan telah bersetuju untuk bertunang selama setahun.

sumber - murai
BACA LAGI- Misha Omar Tangguh Kahwin Ke 2014 Pula

Siwon Perkenalkan Iklan TV Komersial LINE


Siwon Perkenalkan Iklan TV Komersial LINE

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2013: Penyanyi popular Korea Selatan yang juga anggota kumpulan Super Junior, Choi Siwon atau Siwon telah tiba di tanah air hari ini sempena pelancaran iklan TV komersial applikasi LINE.Dia telah tampil dalam satu sidang media istimewa di sebuah hotel di ibu negara pagi tadi.
Menarik tentang TV komersil yang sudah siap menjalani penggambaran pada 25 Mac lalu itu, apabila memilih Tasik Ampang Hilir serta beberapa lokasi menarik di sekitar ibu kota.
Dalam iklan komersil tersebut, Siwon telah memengang watak seorang teman lelaki yang sedang berhubung dengan teman wanitanya menerusi LINE .
Iklan berkenaan turut menampilkan Siwon dengan seorang kekasih.
Walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh, tetapi ianya tidak menjadi penghalang buat mereka apabila menggunakan platform secara digital LINE.
Dalam usaha, memasukkan lebih banyak citarasa tempatan kepada perkhidmatannya, LINE juga telah mendapat sokongan dari selebriti terkenal di Malaysia melalui LINE Official Accounts yang akan membolehkan mereka berhubung secara langsung dengan peminat mereka.
Antara seleriti terkenal tanah air yang telah memiliki LINE Official Account termasuk Zizan Razak, Danny One, Liyana Fizi, Isaac Dang, Chris Tong Bing Yu, Jane Ng dan Keqing.
Kini telah ramai pengguna menggunakan aplikasi LINE di Malaysia.
Malah jumlah pengguna LINE di seluruh dunia melebihi 130 juta orang meliputi 231 buah negara di Asia, Amerika, Eropah dan Afrika Selatan.

sumber - murai
BACA LAGI- Siwon Perkenalkan Iklan TV Komersial LINE

Thursday, April 11, 2013

Kes Buli ???


Seorang ketua tingkatan di SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang telah dipukul bertubi-tubi di dalam kelas oleh sekumpulan pelajar dipercayai tingkatan 3. Punca ketua tingkatan tersebut dipukul masih belum diketahui. Walaubagaimanapun suspek-suspek kes pukul tersebut telah berjaya dikenalpasti dan pihak polis dipercayai sedang menyiasat kes ini.


Boleh tengok suspek-suspek di blog berikut – http://pembulismktho.blogspot.com/
BACA LAGI- Kes Buli ???

Shocking! Hans Isaac Dedah Pasal Kegiatan Gangsterism


Shocking! Hans Isaac Dedah Pasal Kegiatan Gangsterism


Macam tidak percaya pun ada bila Murai Batu dapat tahu tentang bahawa aktor terlibat dengan kegiataan gangsterism. Yelah, macam mana nak percaya sebab selama ini, Murai Batu tengok kehidupan Hans Isaac tak macam orang yang terlibat dengan benda-benda macam tu.

Tup-tup, dalam diam-diam Hans Isaac rupa-rupanya turut terjebak sama. Dan, apa yang Murai Batu dapat tahu, Hans Isaac bukanlah sekadar ahli biasa. Tapi, dia ni lebih kurang macam level Taiko jugaklah.

Serius Murai Batu memang tidak percaya sungguh. Malah, sampai sekarang pun Murai Batu sukar untuk mempercayainya. Lebih mengejutkan lagi apabila Hans Isaac turut membuat pendedahan tentang kegiatannya itu menerusi sebuah video yang dikongsi bersama pihak tertentu.

Murai Batu tak tahu apa tujuan Hans Isaac berbuat begitu. 

Sumber : - murai.com
BACA LAGI- Shocking! Hans Isaac Dedah Pasal Kegiatan Gangsterism

Wednesday, April 10, 2013

Harry Styles One Direction Ajak 12 Gadis Ke Biliknya!


Harry Styles One Direction Ajak 12 Gadis Ke Biliknya!


Kejadian ini berlaku sewaktu Harry Styles menjayakan konsert jelajah One Direction di United Kingdom. yang seorang ini iaitu Harry Styles semakin gila seks.LONDON, 18 MAC 2013: Makin lama, makin gila seks pulak si Harry Styles daripada kumpulan One Direction yang masih dan sedang popular sekarang ini. Apa tidaknya, selepas bertukar-tukar teman wanita termasuklah Taylor Swift tidak lama dulu, kini obsesinya terhadap seks semakin meningkat apabila mengundang 12 gadis bermalam di bilik hotelnya.
Salah seorang anggota One Direction yang tidak kurang popularnya iaitu Niall Horan pula memberitahu seorang rakan bahawa sikap penyanyi yang berusia 19 tahun itu semakin melampau dan dia sendiri sudah tidak mampu mengira berapakah gadis yang mendampingi Style setiap kali mereka mengadakan jonsert jelajah mereka.
Satu sumber yang rapat dengan kumpulan ini pula memberitahu bahawa kegilaan seks Harry Styles nyata sudah tidak dapat dibendung lagi.
Dan, dia akan membawa 3 hingga 4 gadis di biliknya setiap malam. Kesemua gadis itu ditemui setiap kali dia mengadakan gigs bersama One Direction.
Dalam setiap gigs tersebut, daia akan mencari gadis yang disukainya dan kemudian men hampirinya dan mengajaknya datang ke bilik hotelnya.
Dalam satu konsert di Belfast minggu lalu, ikon remaja kacak ini telah mengejutkan kesemua peminatnya apabila memberikan nombor telefonnya kepada seorang gadis yang berada di tengah-tengah ribuan penonton dan memintanya datang ke bilik hotelnya.
Sikap Styles itu bertentangan dengan kebanyakan anggota One Direction yang lain. Jika yang lainnya sedang sibuk melepak bersama atau menonton filem atau bermain games komputer, Styles pula sibuk berpoya-poya dengan gadis-gadisnya sehingga batang hidungnya tidak kelihatan pada keesokan harinya

Kini, bapa Styles, Des termasuk masuk campur dan memberi amaran kepada anaknya itu supaya menghentikan sikap kaki perempuannya itu.
BACA LAGI- Harry Styles One Direction Ajak 12 Gadis Ke Biliknya!

Siwon Super Junior Datang Lagi Ke Malaysia


Siwon Super Junior Datang Lagi Ke Malaysia

KL, 10 APRIL 2013: Pelakon drama bersiri Korea Selatan, Choi Siwon telah mengejutkan peminatnya di negara ini apabila hadir ke penggambaran iklan di ibu negara tanpa memberi perkhabaran awal kepada peminatnya pada 25 Mac lepas.
Oleh kerana itu, Murai Batu dapat tahu, peminat ahli kumpulan Super Junior berkenaan telah menjadi kelam kabut dan terus menyerbu lokasi penggambaran di Taman Tasik Ampang Hilir sehingga mengganggu figura berbadan seksi itu menjalankan babak berpeluk.
Walau bagaimanapun, Murai Batu diberitahu Siwon akan datang ke Malaysia pada Jumaat ini bertarikh 12 April sempena sidang media yang melibatkan dirinya dengan sebuah produk.
Tetapi Murai Batu tidak tahu sama ada Siwon datang seorang diri atau pun bersama ahli Super Junior yang lain.
Khabarnya, sidang media yang akan disertai Siwon itu akan diadakan pada jam 12 tengah hari di Aloff Hotel- Ballroom B, KL Sentral.
Dengarnya, majlis tersebut akan dibuat secara tertutup kerana risau mendapat gangguan sepertimana yang berlaku pada penggambaran iklan baru-baru ini.
Apa yang penting, Siwon yang telah dilabel sebagai ahli Super Junior paling kaya itu sangat seronok kerana dapat berjumpa dengan peminat negara ini walaupun secara mengejut.
BACA LAGI- Siwon Super Junior Datang Lagi Ke Malaysia

Foto Istimewa Shila Amzah Di Amerika Syarikat


Foto Istimewa Shila Amzah Di Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2013: Permergian Shila Amzah ke China sejak bulan lepas adalah yang paling lama kerana pelbagai perancangan yang diaturkan buat penyanyi tersebut.
Dia bersama roentourage-nya telah menyeberangi Lautan Pasifik untuk menjayakan tiga konsert besar di Amerika Syarikat.
Juara Asian Wave itu juga telah terlepas detik istimewa ketika dia dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Ahad lalu.
Ibu Shila Amzah yang hihubungi portal murai.com.my memberitahu, mereka kini berada di Las Vegas iaitu lokasi terakhir konsert Shila Amzah bersama peserta China's Got Talent di Amerika Syarikat selepas New York dan San Francisco.
Pada 7 April lalu, mereka telah kembali ke Shanghai untuk menjayakan beberapa lagi siri konsert yang dianjurkan oleh Shanghai Media Group sebelum menamatkannya di Beijing.
Kata ibunya lagi, Shila Amzah kini sudah mula merakamkan lagu untuk album Mandarin pertamanya.
Pada malam kemuncak ABPBH 2012 yang lalu, trofi kemenangan untuk kategori Penyanyi Wanita Popular telah diambil oleh adiknya, Syada Amzah sebagai mewakili penyanyi tersebut.
Ibunya turut memaklumkan bahawa mereka tidak dapat mengemaskini status di Twitter kerana laman media sosial itu tidak dapat diakses di republik berkenaan.
Kepada peminat rindukan penyanyi ini, di sini terdapat beberapa foto yang dikongsi ibu Shila khas buat peminat terutama pembaca di Murai yang sering menyokong perjalanan karier Shila Amzah selama ini.

BACA LAGI- Foto Istimewa Shila Amzah Di Amerika Syarikat

Gambar Pakaian Pelik Didie Alias Di ABPBH 2012



Dalam banyak-banyak fesyen artis yang hadir pada malam Anugerah Bintang Popular BH semalam, gaya fesyen Didie Alias yang paling pelik. Ada ke patut pakaian rambut palsu kotak-kotak macam tu. Dah macam tiru gaya Lady Gaga pun ada jugak. Walaupun tema 'Ledakan Geometri', takkan lah tidak boleh pakai baju yang sopan sedikit. 

Apapun tahniah kepada Didie Alias kerana berjaya merangkul anugerah Artis Komedi Wanita Popular mengalahkan beberapa calon lain seperti Enot, Jihan Raja Lawak, Noorkhiriah dan Sharifah Shahira.

BACA LAGI- Gambar Pakaian Pelik Didie Alias Di ABPBH 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...