Monday, May 20, 2013

SUAMI DIDIE ALIAS KENA SAKIT MISTERI SELEPAS FEAR FACTOR SELEBRITI


Suami Didie Alias Kena Sakit Misteri Selepas Fear Factor Selebriti
DIDIE ALIAS DAN SUAMINYA NORISHAM ISMAIL

SUAMI DIDIE ALIAS KENA SAKIT MISTERI SELEPAS FEAR FACTOR SELEBRITI

Suami Didie Alias Kena Sakit Misteri Selepas Fear Factor Selebriti
Suami kepada pelakon Didie Alias iaitu Norisham Ismail mengalami penyakit misteri selepas pulang menjalani program Fear Factor Selebriti Malaysia terbitan Astro di Cape Town, Afrika Selatan, baru-baru ini. Didie berkata, suaminya mengalami masalah pedih hulu hati, sesak nafas dan berpeluh sehingga menyebabkan terpaksa ditahan di hospital beberapa kali untuk pemeriksaan lanjut selepas seminggu pulangdari negara tersebut.

“Risau juga dibuatnya. Dah banyak kali suami keluar masuk wad tetapi doktor hanya mengesahkan dia mungkin mengalami penyakit gastrik yang teruk. “Keadaan itu dikatakan berpunca daripada cara pemakanannya yang tidak sesuai sepanjang dua minggu berada di Cape Town.
Bagaimanapun tambah Didie, akibat penyakit yang masih lagi belum pulih itu, suaminya telah pulang ke kampung halamannya di Kampung Nuri, Negeri Sembilan untuk menjalani rawatan perubatan secara tradidional. “Alhamdulillah, sepanjang hampir dua minggu berada di kampung, keadaannya semakin pulih.
SUAMI DIDIE ALIAS KENA SAKIT MISTERI SELEPAS FEAR FACTOR SELEBRITI
ikuti kisah hiburan di mStar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...